Friday, September 19, 2008

PANDUAN MENJAGA ALAT SULIT WANITA



Jangkitan Yang Berulang Boleh Merosakkan Sistem Peranakan , Dalam
kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat
sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan
pengeluaran darah haid, hubungan seks dan
kehamilan.

Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan
dan kealkalian (pH) kemaluan wanita.
Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabunatau
faktor fizikal, persekitaran ataupun
kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidakselesa, gatal,
mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau
berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.

Menurut Dr.Wan Zarina dari PKPUUM , wanita yang mempunyai tanda-tanda
tersebut mudah dijangkiti kuman.

"Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara
suami dan isteri."

"Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan
sistem peranakan menyebabkan saluran
fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat,"
katanya.

Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat
kelamin atau reproduktif wanita.

Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan:

Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air
besar, seelok-eloknya menggunakan air.

Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama
pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini
kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita
yang menggunakan tampon mereka perlu
ingat untuk menukarnya.

Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau
pancutan ke dalam faraj dengan tujuan
membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan
sejenis bakteria lactobacilli dari faraj
disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan
kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia
mungkin menyebabkan kekeringan dan
iritasi kulit atau gatal.

Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air
sebelum dan selepas hubungan seks untuk
kebersihan yang optima.

Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan
seks untuk mengurangkan risiko jangkitan
kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering
mengalami jangkitan kuman pundi kencing
(urinary tract infection).

Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia
menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran
udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami
keputihan, elok memakai panty liner supaya ia
tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

Tambah Dr.Wan Zarina lagi, jangkitan kuman sering berlaku sekiranya alat
sulit tidak dijaga dengan sempurna. Ini
termasuk kuman bakteria, virus, kulat dan protozoa yang dapat ditularkan
melalui hubungan seks (sexually
transmitted disease). Wanita dan pasangan perlu berjumpa doktor sakit
puan untuk ujian pengesahan dan rawatan
spesifik. "Paling kerap berlaku ialah jangkitan kuman atau fungus yang
dipanggil candida. Ia dapat dirawat dengan
memasukkan ubat antifungus ataupun ubat pil ke dalam faraj." Ujar
beliau.

Kumpulan kuman lain yang sering menyerang wanita ialah bacterial
vaginosis. Pesakit akan mengadu mengeluarkan
lendir busuk (fishy / odour discharge) dan kegatalan teruk. Ini dapat
dirawat dengan antibiotic spesifik.

Katanya, wanita juga terdedah penyakit bengkak pada alat kelamin yang
dipanggil bartholin cyst.

"Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah
bibir kemaluan. Pada peringkat awal,
pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya kecil. Cyst ini terbentuk
akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan
bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria.

"Ia dapat dikawal melalui pembedahan kecil pada cyst untuk mengeluarkan
cecair yang terkumpul di dalam kelenjar
tersebut. Sekiranya ia kerap berulang, dinasihatkan dibedah dan
dikeluarkan," jelas Dr. Wan Zarina lagi.

Bengkak nanah (abcess) dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit
mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah
secara incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan
antibiotik.

Selain itu, bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur.
Oleh itu, kebersihan pencukur perlu
dititikberatkan.

Penyakit lain yang turut dikaitkan dalam masalah ini ialah barah pada
bahagian luar alat kelamin (vulva dan vagina).
Namun ia jarang terjadi berbanding barah pangkal rahim, rahim atau
ovari. Ia merangkumi hanya 5 peratus daripada
semua jenis barah system produktif wanita.

"Penyakit ini sering berlaku pada wanita yang telah menopaus dengan
purata umur 60 tahun. Pesakit akan mengalami
kegatalan berterusan yang teruk diikuti ketumbuhan atau ulser yang kerap
bermula pada bibir luar kemaluan.
Rawatan ini merangkumi pembedahan besar dan radioterapi," katanya.

Ketika mengulas mengenai kaitan penjagaan alat sulit dengan masalah
keputihan, Dr. Wan Zarina berkata keputihan
kerap berlaku pada wanita dan penting sekali mereka tahu membezakan
antara keputihan biasa dan yang
berpenyakit.

"Keputihan yang normal boleh berlaku pada keadaan berikut iaitu beberapa
hari sebelum tiba haid, ketika
keghairahan seks, kehamilan dan klimakterik atau selepas menopaus.

"Begitu juga sebelum tiba haid dan ketika hamil atau belaku perubahan
paras hormon yang meningkat. Semua ini
menyebabkan banyak keputihan atau cecair jernih yang melekit keluar dari
faraj," ujar Dr. Wan Zarina

Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari
jernih, putih ke kuning atau kehijauan
atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia
keluar secara berketul- ketul kecil, gatal dan
berbau. Tanda-tanda adalah seperti bengkak, pedih atau sakit pada alat
kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke
rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian
bawah abdomen serta demam.

"namun begitu, seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan
dinasihatkan berjumpa doktor untuk
mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya
rawatan dapat diberikan sebelum penyakit
serius," tambah beliau.

Dr. Wan Zarina juga menjelaskan, kebanyakan wanita tidak memerlukan
produk atau ubat penjagaan alat kelamin
sekiranya langkah-langkah yang disarankan tadi diikuti dengan bijak.

Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang
tidak normal.

"Ada segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih
dan merawat alat kelamin dengan produk
yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikir bahan pencuci yang
tidak alergik, yang tidak mengubah pH>faraj dan telah diuji kebersihannya.

"Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa pedih,
gatal atau kemerahan, wanita itu
dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpa dengan doktor,"
katanya lagi.

No comments: