Friday, September 19, 2008

kawan

1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat
sepak..
2) kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu
pijak..
3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat
tendang..
4) kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..
5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai.
Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis
baru muncul..
7) kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit, jual.. ambik kereta
baru..
8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. sekejap ada sekejap tak..
9) kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana
ambik.

10) lagi.....kawan tu macam apa ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. .
yang sudi membaca kolum ini ..............

Walau ape pun tanggapan orang tentang kawan.. bagi saya, kawan tu
penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih,
berduka dan sebagainya. Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang
dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang
penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada
kawan-kawannya. . :)

No comments: