Friday, September 19, 2008

Jangan Tunggu Sampai Esok!!

Kisah untuk renungan bersama...Katakan sekarang...jgn tunggu sampai
esok...

Pada suatu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang
bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu
menganggap itu sesuatu yang wajar saja. Dia terus bermain, mengganggu
adik
dan kakaknya, membuat masalah bagi orang lain adalah kesukaannya.

Apabila dia menyedari akan kesalahannya dan mau minta maaf, dia selalu
berkata,"Tidak apa-apa, besok kan boleh." Sesudah besar, dia amat suka
kesekolah. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia. Tetapi, dia
anggap itu wajar-wajar aja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia
anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman
baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil
inisiatif
untuk minta maaf dan berbaik dengan teman baiknya. Alasannya, "Tidak
apa-apa, besok kan boleh."

Ketika meningkat remaja, teman baiknya tadi bukanlah temannya lagi.
Walaupun
dia sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur.
Baginya itu bukanlah masalah, kerana dia masih punyai ramai teman baik
yang
lain. Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu bersama-sama,
main,
jalan-jalan dan macam2 lagi. Ya, mereka semua teman-temannya yang
paling
baik.

Setelah lulus, kerja membuatkannya menjadi sibuk. Dia bertemu seorang
gadis
yang sangat cantik dan baik. Gadis itu kemudian menjadi teman
wanitanya. Dia
begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin di naikkan pangkat ke
posisi
paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.

Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah
lagi
menghubungi mereka, bahkan selalu lewat menelefon mereka. Dia selalu
berkata, "Ah, aku penat, besok saja aku hubungi mereka." Ini tidak
terlalu
mengganggu dia kerana dia punyai teman-teman sekerja selalu mau apabila
diajak keluar.

Jadi, waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon
teman-temannya. Setelah dia berkahwin dan mempunyai anak, dia bekerja
lebih
kuat untuk memberi kebahagiaan pada keluarganya. Dia tidak pernah lagi
membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari lahir
isterinya dan
juga hari perkahwinan mereka. Itu tidak mendatangkan masalah baginya,
kerana
isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah menyalahkannya.

Kadang-kadang dia merasa bersalah dan ingin punyai kesempatan untuk
mengatakan pada isterinya "Aku cinta pada mu", tapi dia tidak pernah
melakukannya. Alasannya, "Tidak apa-apa, saya pasti besok saya akan
mengatakannya."

Dia tidak pernah bersama di majlis harijadi anak-anaknya, tapi dia
tidak
tahu ini akan mempengaruhi anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhkan
diri
darinya, dan tidak pernah menghabiskan waktu mereka bersama dengan
ayahnya.

Suatu hari, isterinya ditimpa kemalangan, isterinya dilanggar lari.
Ketika
kejadian itu, dia sedang ada mesyuarat. Kemalangan itu adalah serius
dan dia
tidak sedar bahawa kemalngan itu bakal menjemput isterinya menemui yg
maha
mencipta. Belum sempat dia berkata "Aku cinta pada mu", isterinya telah
meninggal dunia. Remuk hatinya apabila ini berlaku dan dia cuba
menghiburkan
diri bersama anak-anaknya setelah kematian isterinya.

Tapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi
dengannya.
Apabila anak-anaknya dewasa dan membina keluarga masing-masing. Tidak
ada
yang peduli pada orang tua ini, yang di masa lalunya tidak pernah
meluangkan
waktunya untuk mereka.

Masa berjalan begitu pantas, orang tua ini tinggal di rumah jagaan yang
terbaik, yang menyediakan pelayanan sangat baik. Dia menggunakan wang
yang
disimpannya dari mula untuk perayaan ulang tahun perkahwinan ke 50,
60, dan
70. Pada asal tujuan wang itu adalah untuk digunakan pergi bercuti ke
Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama isterinya, tapi
kini
terpaksa digunakan untuk membayar biaya tinggal di rumah jagaan
tersebut.
Sejak dari itu sehinggalah dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan
penjaga yang merawatnya. Dia merasa sangat kesepian, perasaan yang
tidak
pernah dia rasakan sebelumnya.

Semasa dia hendak meninggal, dia memanggil seorang penjaga dan berkata
kepadanya, "Ah, jika aku menyedari perkara ini dari dulu...." Kemudian
perlahan ia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan
airmata
dipipinya.

=========================================================

Apa yang saya ingin katakan pada kawan-kawan dan juga pada diri saya
sendiri, waktu itu tidak pernah berhenti. Anda terus maju dan maju,
sebelum
benar-benar menyedari, anda ternyata telah maju terlalu jauh.

Jika anda pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain!

Jika anda merasa ingin mendengar suara teman anda, jangan ragu-ragu
untuk
menelefonnya segera.

Akhir sekali, tapi yang paling penting, jika anda merasa ingin
mengatakan
pada seseorang bahawa anda sangat sayang pada dia, jangan tunggu sampai
terlewat. Jika anda terus berfikir bahawa masih ada lain hari baru
anda akan
memberitahu dia, hari ini tidak pernah akan datang.

Jika anda selalu pikir bahawa besok akan datang, maka "besok" akan
pergi
begitu cepat hingga anda baru sedar bahawa waktu telah meninggalkan
anda.

No comments: