Wednesday, November 5, 2008

TIPS BUAT ISTERI

1.Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari
'Terimalah lelaki
sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah
mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang
menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang
lain, yang
mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2.Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan
perangai itu dengan
diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa
ianya tidak
sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak
agama dan
kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan
menyesuaikan dirinya
dengan diri anda.

3.Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun,
anda tidak akan
mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah
perangainya jika dia
mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda.
Anda
sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk
membolehkan
seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4.Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup
memberi lebih
banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda
mungkin akan
menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5.Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu
percaya kepada
anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk
membuat orang lain
percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain
tidak percaya
pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat
sukar pula untuk
dia mengubah pendiriannya.

6.Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan
suami isteri,
sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu
perkahwinan ada dua
kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan
dan
meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya
kedua-duanya
menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu
rujuklah
kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang
dilarang.

7.Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang
bersifat
pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan
suaminya
dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat
sedemikian, walau
bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang
bijak.
Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak
selesa,
banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak
menyenangkan diri
anda. Andalah yang patut berubah.

8.Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah
walaupun dunia ini
menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda
menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan
olah agama,
anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang
benar, dan anda
tidak akan rugi apa-apa.

9.Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya
ingin
mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa
kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin
akan
mengkritik anda pula.

10.Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada
dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu
(1) Kehendak Seks dan
(2) Kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang,
kepuasan seks,
anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia
akhirat. Berilah
lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11.Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin
dikatakannya, walaupun
ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya.
Lebih berminat
anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi.
Dia akan
senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada
anda itu,
begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman
menyebabkan
lelaki suka pada anda.

13.Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan
nada yang
lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut,
merdu dan
manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14.Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami
sikapnya dan
bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap
anda. Wanita
patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan
tidak akan
merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15.Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami
isteri tidak mahu
berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh
lelaki, nescaya
dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16.Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh
yang biasanya
diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang
menjadi
kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau
membantu
mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17.Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita
ialah suka
merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian
berlaku, ramai
lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami.
Mungkin begitu
jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18.Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan
menyesal mengahwini
anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin
menunjukkan
pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup.
Sepatutnya anda
berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau
menasihatkannya, kerana
dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya.
Untuk mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan
janganlah anda
pula yang memulakannya.

20.Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat
suka mencari
kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras
kepala dan
keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia
telah gagal
membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia
cuba mencari jalan
keluar.

21.Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang
sempit dan
tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung
kepada betapa
baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda
terhadapnya.

No comments: